Monday, December 21, 2009
Tuesday, December 15, 2009
Sabun...
Lunatots Cloth Diaper
Menjaga CD Velcro
Lunatots Laundry Bag
Ini adalah contoh menggunakan Laundry Bag ini di dalam mesin basuh.... harga untuk sehelai Laundry Bag ini ialah RM19.90. Owh, agak mahal dibandingkan yang ada dijual di kedai2.. tapi bagi saya sangat worth dengan duit sebab materialnya jauh lebih kukuh dan kuat.
Kegunaan Lunatots Nappy WetBag
Ni gambar Nappy Wet Bag yang berisi CD Safiyyah setiap petang.. tiap kali balik dari rumah 'Ummi' beliau.. a.k.a pengasuh kepada Safiyyah. Thanks, Kak Ros sbb sudi layan CDs Safi nih...
Bila dah kuarkan isi2 beg ni, sidailah beg ini utk tujuan menganginkan nya.... untuk kegunaan esok hari pulak... Eheh.. sedondon la pulak warna penyangkut dinding tu dengan beg tersebut ye...
How To Wash Ur CD?
Entry kali ni saya nak cite ttg cara2 basuhan CD...
Untuk CD yang dah terkena najis, mula2 flush najis tersebut ke dalam toilet bowl. Then, siramkan air utk bilas saki baki najisnya... Bilas CD yang terkena najis ataupun kencing hingga hilang bau, warna, dan rasa (cukup 3 pakej nih) =pThen, sental2 manja je CD dan Insert tersebut. Jangan guna berus ye kalian.. Nanti akan merosakkan fabriknya pula... huhu~
Kemudian, masukkan CD yang dah siap dibilas tadi ke dalam Dry Pail. Saya guna tong sampah yang berpenutup.. yang-pijak-penutup-terbuka tu.. =) Kumpul sume CD yang dah dibilas itu sehingga 'hari basuhan mesin'. Lepas tu, jangan lupa cuci tangan kalian dengan sabun dan air yang bersih ye =p. Bak kata suami saya.. "H1N1 masih bersama kita.. hihi~ Langkah seterusnya, masukkan CDs tadi ke dalam laundry bag dan letak dalam mesin basuh. Basuh macam biasa basuh baju2 tshirt kita tuuu~ Gunakan hanya sedikit sabun. Dan sabun mestilah tidak mempunyai enzim, agen peluntur & pewangi.. guna sabun yang murah2 je yee... Bila CD dah siap dicuci dan bersih, bolehlah sidai CD anda ikut kreativiti masing2.... =) Kalau saya tak mempunyai bekalan CD yang cukup utk pagi esok, saya akan sidai di bawah kipas macam nih... InsyaAllah, jam 6pagi esok CDs ini akan kering dengan eloknya.
* Saya sangat enjoy proses basuh CD anak saya... sebab bukan susah mana pun....
How To Prewash Ur CD?
Ni pulak CDs yang dah siap prewash.. saya just perah2 manja je sebelum masuk mesin basuh...
Saya guna Lunatots Laundry bag untuk menjaga ketahanan jahitan CDs ni... masa nak beli Laundry bag ni, ada jugak encik suami tanye dgn tak brapa puas hati (mungkin sbb harganya agak mahal, tak mcm kat kedai2 biasa jual) "nape x guna je laundry bag yg dah ada tu" Hoho~ saya cakap, "laundry bag yg tu kasar.. then zip pun dah rosak2. Lagi pulak ni Lunatots punye.. mungkin lagi baik" tu jawapan saya sblm saya tahu kelebihan laundry bag Lunatots ni. Kata Pn. Suraya pulak... laundry bag ni ada 2 lapisan kain. Then dia x guna zip which is zip cepat rosak dan tak worth buying it.. guna tali mcm nih lebih tahan lama..
Sebagai panduan jugak, masa dalam proses prewash... saya cuma guna mesin basuh utk tujuan spin sahaja...
Lepas siap spin, boleh la jemur CDs tadi ikut kreativiti masing2.. CDs boleh disidai di dalam atau di luar rumah... di bawah kipas ataupun di bawah cahaya matahari... jadi, selamat prewash CDs anak2 kalian ye...
Kenapa perlu prewash?
- Dari logiknya.. baju, kain baru beli mesti la nak kena basuhkan? =)
- Yang penting adalah untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum... kiranya mcm
melatih ur CDs and the inserts la.. =)
Selamat Mencuba =)