Monday, December 21, 2009

Colour Code

0 comments
Salam...
Sebagai panduan untuk memilih warna CD yang anda idamkan adalah seperti di bawah =)

Tuesday, December 15, 2009

Sabun...

0 comments
Salam...
Ntah apa2 lak kan... gambar sabun pun nak post kan di sini. Hikhik~ Just nak bg sikit info pada kalian... saya suka guna 2 sabun ni jek... biasanya saya beli dalam kotak kecik 100gm tu.. yang harga RM1 sekotak. Tapi hari tu saya dah mula beli yang 600gram pulak... murah sket sbb baru RM3.99.
Selain sabun fab, boleh juga guna trojan.. asalkan sabun tersebut xde enzim, peluntur dan pewangi... x yah cari sabun canggih2 sangat ye.. nanti CD anak anda hilang daya serapannya pula.. haru,kan?

Lunatots Cloth Diaper

0 comments
Lunatots Cloth Diaper - Velcro.
Comes with one insert, 15 colours to choose.
RM51.00
Lunatots Cloth Diaper - Snap Button.
Comes with one insert, 15 colours to choose.
RM46.00

Menjaga CD Velcro

0 comments
Salam...
Bagi CD Velcro, ia menggunakan tap pelekat untuk memudahkan pemakaian di pinggang. Pun begitu, ia akan mendatangkan sedikit masalah ketika mencucinya kerana berpotensi untuk melekat di sana sini bahagian badan CD... Jadinya, apa perlu kita lakukan?
Bahagian dalam CD ini terdapat 2 pelekat... Lekatkan tap seperti di dalam gambar.. - tak reti la saya nak explain.. so, tengok2 gambar - faham sendiri lah yee... hihihi~
Selamat Ber CD ya kalian~

Lunatots Laundry Bag

0 comments
Salam...
Rasanya kalian pasti maklum kegunaan Laundry bag,kan? Ya, biasanya kita gunakan untuk menjaga jahitan pakaian2 dalam ataupun baju2 kesayangan kita semasa proses basuhan mesin... Oh, oh.. begitu jugalah dengan CD... Laundry Bag dari Lunatots ini khas untuk untuk melindungi Cds anak anda..
Kelebihan Laundry Bag lunatots ini ialah diperbuat daripada 2 lapisan.. yang mana menjadikan ia lebih kuat dan tahan lama. Tidak menggunakan zip yang cepat rosak....
Ini adalah contoh menggunakan Laundry Bag ini di dalam mesin basuh.... harga untuk sehelai Laundry Bag ini ialah RM19.90. Owh, agak mahal dibandingkan yang ada dijual di kedai2.. tapi bagi saya sangat worth dengan duit sebab materialnya jauh lebih kukuh dan kuat.

Kegunaan Lunatots Nappy WetBag

0 comments
Salam...
Apakah kepentingan Nappy WetBag ini kepada kalian dan juga saya? Ye.. kegunaannya ialah utk mengangkut CDs busuk anak kalian ataupun saya bila berada di luar rumah. Tak kisah la ke rumah babysitter ke, taska ke, berjalan2 ke... Owh.. kenapa tak guna plastik aja ye? Sbb, saya tak suka benda2 yang complicated. Kalau guna plastik bag, kdg2 mungkin plastik tersebut bocor.. then, kalo plastik bocor.. ada potensi CD2 yang basah dan berbau mengeluarkan hasil2 yang tak diingini,kan? Tambahan pulak, saya tak mahu tgk plastik kotor berlonggok2 dalam umah saya.. sama mcm perasaan saya bila tgk Dispo Diaper berlonggok2... sakit mata. huh~
Jadi, adalah lebih baik saya dapatkan atleast satu Nappy WetBag nih..bagi memudahkan segala urusan menyimpan CD busyuk~
Ni gambar Nappy Wet Bag yang berisi CD Safiyyah setiap petang.. tiap kali balik dari rumah 'Ummi' beliau.. a.k.a pengasuh kepada Safiyyah. Thanks, Kak Ros sbb sudi layan CDs Safi nih...
Bila dah kuarkan isi2 beg ni, sidailah beg ini utk tujuan menganginkan nya.... untuk kegunaan esok hari pulak... Eheh.. sedondon la pulak warna penyangkut dinding tu dengan beg tersebut ye...
*Harga bagi sehelai Nappy Wet Bag ialah RM39.90. Diperbuat daripada PUL yang bersifat kalis air. Menggunakan zip supaya bau2 kurang enak terkedap di dalamnya... =p

How To Wash Ur CD?

0 comments
Salam...
Entry kali ni saya nak cite ttg cara2 basuhan CD...

Untuk CD yang dah terkena najis, mula2 flush najis tersebut ke dalam toilet bowl. Then, siramkan air utk bilas saki baki najisnya... Bilas CD yang terkena najis ataupun kencing hingga hilang bau, warna, dan rasa (cukup 3 pakej nih) =pThen, sental2 manja je CD dan Insert tersebut. Jangan guna berus ye kalian.. Nanti akan merosakkan fabriknya pula... huhu~
Kemudian, masukkan CD yang dah siap dibilas tadi ke dalam Dry Pail. Saya guna tong sampah yang berpenutup.. yang-pijak-penutup-terbuka tu.. =) Kumpul sume CD yang dah dibilas itu sehingga 'hari basuhan mesin'. Lepas tu, jangan lupa cuci tangan kalian dengan sabun dan air yang bersih ye =p. Bak kata suami saya.. "H1N1 masih bersama kita.. hihi~ Langkah seterusnya, masukkan CDs tadi ke dalam laundry bag dan letak dalam mesin basuh. Basuh macam biasa basuh baju2 tshirt kita tuuu~ Gunakan hanya sedikit sabun. Dan sabun mestilah tidak mempunyai enzim, agen peluntur & pewangi.. guna sabun yang murah2 je yee... Bila CD dah siap dicuci dan bersih, bolehlah sidai CD anda ikut kreativiti masing2.... =) Kalau saya tak mempunyai bekalan CD yang cukup utk pagi esok, saya akan sidai di bawah kipas macam nih... InsyaAllah, jam 6pagi esok CDs ini akan kering dengan eloknya.

* Saya sangat enjoy proses basuh CD anak saya... sebab bukan susah mana pun....

How To Prewash Ur CD?

0 comments
Salam...
Gigih tul ibu mengandung anak ke dua nih meng-prewash CD Lunatots anak sulungnya malam tadi. Dan gigih jugak la amik2 gambar bagai.. huhu~ semata2 nak tepek dalam blog baru beliau nih. Tapi, tiada laa lain niatnya, cuma nak berkongsi cara saya prewash CD anak2... Jemput melihat2 ye... =)
Ni cara saya.. saya prewash guna air suam dari water heater. Guna air paip pun buleh, cuma saya suka air suam2. hoho~ Saya prewash 3 kali sebelum guna. Tanpa menggunakan hatta secalit sabun pun ye. Saya amik masa 3 hari utk settle kerja2 prewash ni... sbb caranya... basuh-sidai-basuh-sidai-basuh-sidai. Basuhan ke-4 baru la saya gunakan sabun.. itupun lepas si anak dah poo @ pee pada CD tersebut. Gambar di atas gimik semata2 utk menampak lagi detail cara saya prewash..hihi~ tak yah sental2 sbb kain baru kan... celup2 je dlm air tu.. =)
Ni pulak CDs yang dah siap prewash.. saya just perah2 manja je sebelum masuk mesin basuh...
Saya guna Lunatots Laundry bag untuk menjaga ketahanan jahitan CDs ni... masa nak beli Laundry bag ni, ada jugak encik suami tanye dgn tak brapa puas hati (mungkin sbb harganya agak mahal, tak mcm kat kedai2 biasa jual) "nape x guna je laundry bag yg dah ada tu" Hoho~ saya cakap, "laundry bag yg tu kasar.. then zip pun dah rosak2. Lagi pulak ni Lunatots punye.. mungkin lagi baik" tu jawapan saya sblm saya tahu kelebihan laundry bag Lunatots ni. Kata Pn. Suraya pulak... laundry bag ni ada 2 lapisan kain. Then dia x guna zip which is zip cepat rosak dan tak worth buying it.. guna tali mcm nih lebih tahan lama..
Sebagai panduan jugak, masa dalam proses prewash... saya cuma guna mesin basuh utk tujuan spin sahaja...
Lepas siap spin, boleh la jemur CDs tadi ikut kreativiti masing2.. CDs boleh disidai di dalam atau di luar rumah... di bawah kipas ataupun di bawah cahaya matahari... jadi, selamat prewash CDs anak2 kalian ye...

Kenapa perlu prewash?
- Dari logiknya.. baju, kain baru beli mesti la nak kena basuhkan? =)
- Yang penting adalah untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum... kiranya mcm
melatih ur CDs and the inserts la.. =)

Selamat Mencuba =)

 

My Little Thiflun.... Bayi Kecil Ku... Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates