Tuesday, December 15, 2009

How To Prewash Ur CD?


Salam...
Gigih tul ibu mengandung anak ke dua nih meng-prewash CD Lunatots anak sulungnya malam tadi. Dan gigih jugak la amik2 gambar bagai.. huhu~ semata2 nak tepek dalam blog baru beliau nih. Tapi, tiada laa lain niatnya, cuma nak berkongsi cara saya prewash CD anak2... Jemput melihat2 ye... =)
Ni cara saya.. saya prewash guna air suam dari water heater. Guna air paip pun buleh, cuma saya suka air suam2. hoho~ Saya prewash 3 kali sebelum guna. Tanpa menggunakan hatta secalit sabun pun ye. Saya amik masa 3 hari utk settle kerja2 prewash ni... sbb caranya... basuh-sidai-basuh-sidai-basuh-sidai. Basuhan ke-4 baru la saya gunakan sabun.. itupun lepas si anak dah poo @ pee pada CD tersebut. Gambar di atas gimik semata2 utk menampak lagi detail cara saya prewash..hihi~ tak yah sental2 sbb kain baru kan... celup2 je dlm air tu.. =)
Ni pulak CDs yang dah siap prewash.. saya just perah2 manja je sebelum masuk mesin basuh...
Saya guna Lunatots Laundry bag untuk menjaga ketahanan jahitan CDs ni... masa nak beli Laundry bag ni, ada jugak encik suami tanye dgn tak brapa puas hati (mungkin sbb harganya agak mahal, tak mcm kat kedai2 biasa jual) "nape x guna je laundry bag yg dah ada tu" Hoho~ saya cakap, "laundry bag yg tu kasar.. then zip pun dah rosak2. Lagi pulak ni Lunatots punye.. mungkin lagi baik" tu jawapan saya sblm saya tahu kelebihan laundry bag Lunatots ni. Kata Pn. Suraya pulak... laundry bag ni ada 2 lapisan kain. Then dia x guna zip which is zip cepat rosak dan tak worth buying it.. guna tali mcm nih lebih tahan lama..
Sebagai panduan jugak, masa dalam proses prewash... saya cuma guna mesin basuh utk tujuan spin sahaja...
Lepas siap spin, boleh la jemur CDs tadi ikut kreativiti masing2.. CDs boleh disidai di dalam atau di luar rumah... di bawah kipas ataupun di bawah cahaya matahari... jadi, selamat prewash CDs anak2 kalian ye...

Kenapa perlu prewash?
- Dari logiknya.. baju, kain baru beli mesti la nak kena basuhkan? =)
- Yang penting adalah untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum... kiranya mcm
melatih ur CDs and the inserts la.. =)

Selamat Mencuba =)

0 comments on "How To Prewash Ur CD?"

Post a Comment

 

My Little Thiflun.... Bayi Kecil Ku... Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Distributed by Deluxe Templates